Sunday 5 February 2017

KEHIDUPAN DI UiTM TAPAH,PERAK




Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku belajar dekat UiTM Tapah ni.Aku tau ramai yang macam tak berminat nak masuk sini sebab kat Tapah ni takde tempat yang best pun nak pegi tapi aku langsung tak menyesal pilih UiTM ni...sebab apa?sebab tak banyak duit yang aku guna kat sini..haha..kat bandar tapah ni just ada KFC ngan Secret Recipe je dan  tak lupa jugak TF Mart..Kalau nak pegi jauh sikit korang boleh pegi Ipoh tapi dalam 1 jam jugak la nak sampai Ipoh tu..Aku baru je 2 kali pegi Ipoh tu pun aku pegi Lost World Of Tambun and AEON je..Ok dah melalut..hee.

UiTM Tapah ni ada 2 fasa iaitu fasa 1 dan fasa 2 tpi aku ada dengar org cakap ada 7 fasa lagi kot tak silap aku masih dalam proses so UiTM ni akan jadi lebih besar dari UiTM Seri Iskandar yang kat Perak ni.Blok asrama ada 3 iaitu Alpha,Beta and Gamma.Alpha dan Beta asrama untuk pompuan dan untuk lelaki hanya Gamma tu je sebab lelaki kat sini sikit.Untuk bilik pulak,ada bilik untuk 2 orang dan untuk 4 orang.Aku mintak maaf sangat2 sebab takde gambar tpi korang percaya la cakap aku bilik tu sumpah lawa and barang2 pun elok lagi sebab baru bukak kan..tapi yang sedihnya aku sem 2 dah kena duduk umah sewa sebab budak degree dah tak boleh duduk asrama lagi dah masa sem 2..uhuk2..tapi takpe la kitaorang redha je..haa lupa nak bagitau,setiap blok ada kafe sendiri so takde la bergaul lelaki pompuan tapi dekat blok aku tu ada je budak2 laki datang makan kat situ.

Untuk bilik kuliah pulak korang memang akan puas hati sebab semuanya baru..kat sini bilik kuliah tu macam kelas masa kita sekolah dulu tapi yang ni lagi best la..haha..Makmal komputer pun ok dan ada satu makmal dekat fakulti Sains Komputer dan Matematik tu semua komputer jenama Apple..hikhik..Dekat sini ada fakulti Sains Komputer dan Matematik,fakulti Perakaunan dan fakulti Sains Gunaan je dan yang lain2 tu sume dekat UiTM Seri Iskandar.Ooh ya,kelas pun akan ada dekat fasa 1 so korang kena berpeluh skit la nak sampai kelas tu tapi aku cadangkan korang bawak basikal so takde la penat sangat nak pegi fasa 1 tu.

Dekat sini ada jugak mart dan tempat2 untuk fotostat tu sume dan ATM ada dekat pusat pelajar fasa 2 dan dekat fasa 1 pun ada jugak.Kepada korang yang sukakan pemandangan yang indah dan tempat yang tenang untuk belajar,aku sarankan korang masuk sini sebab sumpah pemandangan dekat sini lawa kot dan tenang je.Pagi2 kalu takde kelas korang boleh la joging pusing UiTM ni sebab tak besar pun tapi ramai student prefer joging waktu petang la.Ada jugak yang main bola tampar dan budak lelaki main bola sepak kat padang setiap petang dan jugak kepada yang suka main frisbee tu korang boleh main jugak kat padang tu.Aku sebelum ni pernah la petang2 main frisbee ngan kawan2 sekelas tu pun dah lama tak main.

Ok la aku rasa sampai sini je kot aku boleh kongsi.Kalu ada pertanyaan boleh tanya dekat ruangan komen Inshaallah aku akan balas tu pun kalu ada orang baca la post aku ni..haha..bye2 sume..